SATU BAJU, SATU SEMANGAT, SATU NEGARA

Dilancarkan pada 18 Jun 2016, Baju Saya Malaysia merupakan salah satu inisiatif daripada kempen Saya Malaysia yang bertujuan memupuk nasionalisme dalam memperkasa jatidiri seluruh rakyat Malaysia.

KESEPAKATAN TUNJANG BANGSA

Baju Saya Malaysia lahir daripada rasa cinta akan negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama, bersatu di bawah satu rumpun dalam membentuk Bangsa Malaysia yang berintelek, berdaya saing dan hidup dalam harmoni.

PENJANAAN MODAL INSAN
Baju Saya Malaysia dilihat sebagai satu mekanisme untuk memupuk nasionalisme dalam golongan muda yang merupakan aset terpenting negara sebagai tampuk kepimpinan bagi memacu kemajuan Malaysia pada masa akan datang.