Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai SAYA MALAYSIA. Terlebih dahulu kami dari pihak SAYA MALAYSIA ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong SAYA MALAYSIA

SAYA MALAYSIA adalah satu jenama dan usaha untuk mengembalikan semula semangat Malaysia terhadap semua rakyat di Malaysia. Pada masa sekarang, ramai rakyat Malaysia kini makin kurang semangat patriotik terhadap negara Malaysia. Terdapat banyak peristiwa yang berlaku yang membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia berpecah dan semangat patrotik hilang dalam diri.

Sebagai rakyat Malaysia, kami menggunakan jenama SAYA MALAYSIA untuk membantu rakyat Malaysia untuk kembali bersama-sama bersatu dibawah Negara Malaysia. Ketepikan semua fahaman politik. Ayuh bersama kita kembalikan semangat SAYA MALAYSIA!!!